- Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan
- Menghayati dan mangamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup
- Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawap kepada harta benda dan masyarakat
- Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli
- Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran
- Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota bomba dan penyelamat sebagai kerjaya
Keahlian
- Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
- Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,
Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.
Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa / penjaga.
Kelucutan Keahlian
- Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
- Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
- Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
- Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.
No comments:
Post a Comment