9 October 2017

Kursus Aneka Roti

Pada 09 September, seramai 33 orang ahli kadet bomba sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah menghadiri Kursus Pembuatan Aneka Roti di Kolej Komuniti Temerloh.

          Kursus yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu telah berakhir pada pukul 1.30 tgh. hari. Ahli kadet bomba serba sedikit dapat pengalaman dan merasai sendiri proses pembuatan roti dari peringkat awal sehinggalah ke proses akhir.

          Setiap orang sepatutnya bayar RM25, tapi disebabkan ada guna peruntukan panitia sikit, jadi sorang cuma bayar RM20 je. Yang tak bestnya cuma masa minum pagi. Peruntukkan yang dibagi tak sepadan dengan harga. Kalau tahu macam tu, bungkus nasi lemak warung tepi jalan pun ok. Air buat sendiri. Berbaloi-baloi.

        Ahli kadet bomba bertambah seronok bila setiap seorang dibekalkan dengan roti yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Terima kasih.