9 October 2017

Kursus Aneka Roti

Pada 09 September, seramai 33 orang ahli kadet bomba sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah menghadiri Kursus Pembuatan Aneka Roti di Kolej Komuniti Temerloh.

          Kursus yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu telah berakhir pada pukul 1.30 tgh. hari. Ahli kadet bomba serba sedikit dapat pengalaman dan merasai sendiri proses pembuatan roti dari peringkat awal sehinggalah ke proses akhir.

          Setiap orang sepatutnya bayar RM25, tapi disebabkan ada guna peruntukan panitia sikit, jadi sorang cuma bayar RM20 je. Yang tak bestnya cuma masa minum pagi. Peruntukkan yang dibagi tak sepadan dengan harga. Kalau tahu macam tu, bungkus nasi lemak warung tepi jalan pun ok. Air buat sendiri. Berbaloi-baloi.

        Ahli kadet bomba bertambah seronok bila setiap seorang dibekalkan dengan roti yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Terima kasih.
























Sarapan Sandwich

Setelah berapa lama merancang, akhirnya dapat juga buat sandwich bersama kadet-kadet. Cikgu-cikgu kadet (cuma ada 6 orang je), kita dah bagi tugas siap-siap. Ada yang kena buat air, ada yang kena bawa telur rebus, ada yang kena buat sandwich, ada yang kena ‘handle’ sayur-sayur. Tapi yang pastinya, setiap guru kadet kena bawa 2 tin sandwich dan 2 buku besar roti panjang (cikgu yang bawa lebih pun ada).

Kadet-kadet teruja sangat. Punyalah tak sempat nak buat (dalam sejam), kita makan pun berterabur. Tak sempat nak makan sama-sama. Ikut dan la makan kat mana-mana pun. Seorang dapatla 2 keping sandwich. Kepada rakan-rakan guru, terima kasih banyak-banyak sebab sudi memerah keringat menjayakan majlis kita ni (u all memang ohsem giler)...... Lain kali, kita buat lagi ya..........














Sehari Bersama Balai Bomba Dan Penyelamat Mentakab

Pada 11.03.2017, seramai 40 orang pelajar telah menjayakan Program Sehari Bersama Balai Mentakab. Antara aktiviti yang dijayakan ialah
  1. Taklimat tentang keselamatan diri
  2. Panduan tentang penggunaan pemadam api
  3. Merentas halangan dan
  4. Kawad basah












AJK tertinggi Unit Beruniform bagi Tahun 2017

Carta Organisasi Kadet Bomba Dan Penyelamat (KBP) 2017

Penaung: En. Ridhuan Bin Mahussin
Penasihat: En. Sahizam Bin Johar
Guru Penasihat: 1. En. Muhammad Khaizir Bin Johar (Ketua)
                           2. En. Muhammad Firdaus Bin Abd. Manap
                           3. Pn. Sanira Binti Sabaruddin
                           4. Pn. Fuziah Binti Yusuf
                           5. Cik Jasyimah Binti Juhari
                           6. Pn. Norasikin Binti Abdul Rahim 

Ketua KBP: Badrulhaikal Bin Badrulhisham 
Pen. Ketua KBP: Noor Anisya Binti Suhaimi
Setiausaha: Nidal Syahmi Bin Mohd Haris
Bendahari (L): Ahmad Ikhwan Bin Zamzuri
Bendahari (P): Nor Aida Natrah Binti Roslind

AJK Ting 5 (L): Mohamad Iskandar Hilmi Bin Mohd Muhibeen
AJK Ting 5 (P): Nurul Athirah Syuhadah Binti Ruslan
AJK Ting 4 (L): Anifhazarul Helmi Bin Md Deli 
AJK Ting 3 (L): Muhammad Fauzan Bin Sahimi
AJK Ting 2 (L): Aiman Najmi Bin Ibrahim
AJK Ting 2 (P): Dania Qashrina Binti Norzalili
AJK Ting 1 (L): Muhammad Fayyadh Bin Ahmad
AJK Ting 1 (P): Nurul Izzaty Binti Jantan
Duduk dari kiri: Nidal, Badrul, En. Firdaus, En. Khaizir, Pn. Sanira, Anisya dan Aida Natrah | Tengah dari kiri: Najmi, Fauzan, Ikhwan, Iskhandar, Aniff, Fayyat
Belakang dari kiri: Izzaty, Athirah, Dania